6. Memperlihatkan kelemahan-kelemahan
yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid.
Prosedur Penilaian Formatif
1. Menentukan
topik pembelajaran
· Guru perlu
menentukan topik pembelajaran yang harus diselesaikan berdasarkan sukatan
pelajaran yang perlu dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun.
· Sebaiknya,
guru perlu menyusun topik pembelajaran mengikutkan tahap kesukarannya. Hal ini
tidak mendatangkan masalah kepada guru kerana topik berdasarkan sukatan
pelajaran telah disusun mengikut peringkat kesukaran.
· Sekiranya
sesuatu topik itu mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan perlu diberikan
dan berkemungkinan perlu dikecilkan kepada subtopik tertentu.
· Dengan cara
ini guru dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu subtopik tertentu
sebelum beralih kepada topik-topik yang berikutnya.
· Ujian
formatif akan dilakukan terlebih dahulu sebelum seseorang guru itu beraih
kepada topik yang seterusnya untuk melihat tahap penguasaan murid terhadap
sesuatu topik.
2. Menyatakan
aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran
· Guru perlu
menentukan aspek-aspek tertentu nagi setiap topik pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh pelajar.
· Setelah itu,
guru perlu menentukan tingkat penguasaan murid terhadap aspek-aspek yang
ditentukan itu.
· Misalnya,
apabila 75% hingga 85% pelajar menguasai sesuatu topik itu, maka dapat
disimpulkan bahawa hampir kesemua murid telah menguasai topik tersebut.
3. Menghubungkaitkan
elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik
· Guru perlu
menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada
peringkat perlakuan tertentu berdasarkan taksonomi pendidikan.
· Selepas
itu, guru perlulah mengaitkan semua elemen yang terdapat dalam satu-satu topik
agar saling bertautan dan tidak terpisah.
4. Membentuk
soalan ujian
·
Dilakukan
selepas penentuan elemen-elemen berkenaan
· Setiap
elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu
soalan.
· Guru perlu menyususn
soalan ujian berdasarkan topik yang telah diajarkan.
5. Mencadangkan
langkah susulan
· Guru
mengetahui tahap penguasaan murid terhadap topik yang diajarkan berdasarkan
soalan ujian yang telah dibentuk.
· Tindakan
susulan harus dilakanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperoleh.
· Sebagai
contoh, sekiranya terdapat murid-murid yang masih mempunyai masalah dalam
sesuatu topik, guru perlu melakukan tindakan susulan dengan mengulang semula
topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid berupaya
untu menguasai topik tersebut.
Kebaikan Penilaian Formatif
|