Friday, May 6

Penilaian Formatif

Definisi Penilaian Formatif

Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid dan tahap penguasaan serta penerimaan mereka bagi setiap tajuk yang diajar.


Ciri-ciri Penilaian Formatif



Tujuan Penilaian Formatif

1.       Meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.

2.      Membantu pelajar menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran.

3.      Membantu guru dalam menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.

4.      Mengesan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan.

5.  Memperbaiki kualiti di samping dapat meramal pencapaian pelajar. Hal ini demikian kerana, menjadi satu kepuasan kepada guru sekiranya guru itu dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian murid dari semasa ke semasa.

6.    Memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid.


Prosedur Penilaian Formatif




1.  Menentukan topik pembelajaran
·  Guru perlu menentukan topik pembelajaran yang harus diselesaikan berdasarkan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun.

·   Sebaiknya, guru perlu menyusun topik pembelajaran mengikutkan tahap kesukarannya. Hal ini tidak mendatangkan masalah kepada guru kerana topik berdasarkan sukatan pelajaran telah disusun mengikut peringkat kesukaran.

·      Sekiranya sesuatu topik itu mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan perlu diberikan dan berkemungkinan perlu dikecilkan kepada subtopik tertentu.

·   Dengan cara ini guru dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu subtopik tertentu sebelum beralih kepada topik-topik yang berikutnya.

·     Ujian formatif akan dilakukan terlebih dahulu sebelum seseorang guru itu beraih kepada topik yang seterusnya untuk melihat tahap penguasaan murid terhadap sesuatu topik.



2.  Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran
·     Guru perlu menentukan aspek-aspek tertentu nagi setiap topik pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar.

·  Setelah itu, guru perlu menentukan tingkat penguasaan murid terhadap aspek-aspek yang ditentukan itu.

·      Misalnya, apabila 75% hingga 85% pelajar menguasai sesuatu topik itu, maka dapat disimpulkan bahawa hampir kesemua murid telah menguasai topik tersebut.



3.  Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik
·  Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu berdasarkan taksonomi pendidikan.

·    Selepas itu, guru perlulah mengaitkan semua elemen yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.



4.  Membentuk soalan ujian
·         Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan

·  Setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.

·         Guru perlu menyususn soalan ujian berdasarkan topik yang telah diajarkan.



5.  Mencadangkan langkah susulan
·    Guru mengetahui tahap penguasaan murid terhadap topik yang diajarkan berdasarkan soalan ujian yang telah dibentuk.

·  Tindakan susulan harus dilakanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperoleh.

·   Sebagai contoh, sekiranya terdapat murid-murid yang masih mempunyai masalah dalam sesuatu topik, guru perlu melakukan tindakan susulan dengan mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid berupaya untu menguasai topik tersebut.


Kebaikan Penilaian Formatif






No comments:

Post a Comment